Memaparkan catatan dengan label Cerita Lawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerita Lawak. Papar semua catatan

Rabu, 19 September 2012

Jozan,Lawak Ke Der


Sabtu, 27 November 2010

Ramai Orang Tapi Sunyi

Soalan : Dalam banyak-banyak tempat ..tempat apa paling ramai orang tapi keadaan di situ sunyi-sepi.

Jawapan : Kuburlah....

Sekadar untuk lawak jenaka...tiada kena mengena dengan sesiapa pun...

Jumaat, 5 November 2010

Lawak Pendek

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

------------------------------------------------------

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

------------------------------------------------------

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!

------------------------------------------------------

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

------------------------------------------------------

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL:Kan aku kata, sebab gula dah habislah

------------------------------------------------------

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

------------------------------------------------------

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

------------------------------------------------------

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

------------------------------------------------------

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau,jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

Sumber : yynr.org

Kisah Seorang Panglima 18sx

Tahun 1441- Sebelum memulakan perjalanan menuju ke medan perang , seorang panglima menemui rakan yang cukup dipercayainya.





PANGLIMA : Simpan anak kunci ini ! Jika aku tak kembali , kau bukalah cawat isteriku.Aku izinkan dia berkahwin dengan sesiapa yang disukainya.

RAKAN : Baiklah sahabatku

Menjelang  petang , ketika panglima bersama tenteranya berehat di sebuah lembah , kelihatan dari kejauhan seorang lelaki menunggang kuda cukup pantas menuju ke arah kumpulan tentera itu.Setelah hampir , barulah panglima mengenalinya- dia ialah rakan yang cukup dipercayainya itu.

RAKAN : Maaf ...panglima bagi kunci yang salah !!!!!(Hmmmmmh hampeh , dah cuba buka dulu rupanya ! he he..he..

Sumber :skycrewz.net

Saat Indah Awal Perkahwinan

SAAT INDAH AWAL PERKAHWINAN

TERUNA : inilah saat yang aku tunggu sekian lama .

DARA : apakah kau rela aku pergi ?

TERUNA : tentu tidak ! janganlah kau berfikiran begitu !

DARA : apakah kau mencintaiku ?

TERUNA :tentu ! selamanya tetap begitu !

DARA : apakah kau pernah berlaku curang ?

TERUNA : tidak ! aku tidak akan melakukan hal seburuk itu !

DARA : mahukah kau menciumku ?

TERUNA : ya !

DARA : sayangku ..... !

SESUDAH 5 TAHUN PERKAHWINAN ..KORANG BACA DARI BAWAH PULAK .......HEHEHEHE (:

Sumber :adie007@lawakjenaka.com

Khamis, 4 November 2010

Pak Mat Beruk

Kalau beruk duduk di depan ...kita panggil Beruk Pak Mat...tapi kalau beruk duduk di belakang ?..jawapannya Pak Mat beruk...ha ha ha...


Sabtu, 30 Oktober 2010

Lawak Seram

Kawan aku nama dia Ahmad.. dia nie kerja kilang ikut shif.. dia nie shif petang so balik tengah malam la.Satu malam tu dia lalu la kat jalan nak ghi airport kat Ipoh nie.. then sampai kat satu masjid.. depan masjid nie ada tempat sampah.. ala tempat sampah busuk gile.. tapi malam tu tempat tu jadi wangi..then ada sorang pompuan pakai baju serba putih tahan dia. Kata nya nak tumpang sampai kat hujung kampung. So yang kawan aku nie bagi la tumpang. So pompuan nie pun naik la.. dia punya wangi punya la semacam aje..Then kawan aku nie dah naik seram sejuk.. so sampai la kat satu jalan yang berbukit so dia nie press la minyak moto dia coz nak cepat dan dah rasa semacam bawak pompuan nie.. lepas aje kawasan bukit tu.. dia rasa ringan aje moto dia.. so dia paling la muka dia kat belakang.. tengok-tengok pompuan tu dah hilang..tapi masih wangi.. dia nie apa lagi terus pecut moto balik ghumah.. terus masuk selimut tidoq bawah katil.

So esok tu dia ghi keja lagi.. balik ikut jalan yang sama jugak. Sampai kat tempat semalam, pompuan semalam ada lagi kat situ. Then dia nie dah naik bulu roma terus pecut moto.. tapi moto dia macam tak nak jalan bila betul-betul depan pompuan tu.. apa nak buat dah terstop kat situ.. pompuan tu celapak naik (tumpang la tu) moto si Ahmad nie.. so dalam keadaan seram sejuk Ahmad nie terus aje.. bawak moto tanpa tengok belakang sambil baca ayat apa yang patut.. sampai tempat berbukit kelmarin.. pompuan yang tumpang tu tepuk bahu si Ahmad nie so si Ahmad nie tak nak paling belakang jugak.. pompuan nie tepuk lagi bahu dia.. so bila dah dua tiga lagi tepuk dia pun paling la.. si pompuan tu masih kat belakang moto dia.. then pompuan tu cakap kat Ahmad cam nie "Abang, jangan bawak laju sangat, semalam adik jatuh tergolek kat sini" 
 
Sumber : Isuhangat.blogspot.com

Jumaat, 29 Oktober 2010

Pak Pandir Terpijak Tahi

Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang
kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macamana, di tengah
perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas. Tapi dia
masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik.
Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil
keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.

Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,
"Bentuk macam taik."

Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,
"Lembik...macam taik."

Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia berkata,
"Bau macam taik."

Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun
mengambil keptusan untuk mejilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja
dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit...
"MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!"

Sumber : Tamen Bawing

Karangan Kontroversi